APA ITU PROGRAM 3K ?
PROGRAM 3K
(KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KECERIAAN)
Program 3K dimulakan pada
tahun 1991, bertujuan memastikan semula sekolah mempunyai sistem yang mantap
bagi menangani sebarang isi berkaitan dengan keselamatan, kesihatan serta
keceriaan sekolah. Selepas 13 tahun perlaksanaannya, mulai tahun 2004, program ini
tampil dengan konsep baru yang menggabungkan tiga program berasingan menjadi
satu program sahaja yang dikenali sebagai Insiatif Meningkatkan Keselamatan,
Kesihatan dan Kecerian Sekolah atau Insiatif 3K meliputi Program Sekolah
Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan serta Program Keceriaan dan Keindahan
Sekolah. Penyusunan semula program 3K dilakukan untuk mengelakkan pertindihan
objektif bagi dua program yang dilaksanakan sebelumnya iaitu Program 3K dan
Program Peningkatan Keselamatan Sekolah.
Pada tahun itu didapati sebanyak 90
buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menyertainya berbanding 30
sekolah pada tahun sebelumnya. Program Peningkatan
Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K) member peluang
kepada mana-mana sekolah yang terpilih merasai hakikat bahawa keceriaan itu
sememangnya ada dalam pendidikan. Tanpa mengira dalaman mahu pun luaran,
program 3K dilihat mampu menyerlahkan keceriaan sesebuah sekolah yang
menyertainya menerusi penekanan kepada meningkatkan tiga aspek utama program
tersebut. Sesebuah sekolah yang ‘ceria’ dari pelbagai segi bukan sahaja sedap
di pandang mata atau dibanggakan oleh warga masyarakat sekitarnya, malah yang
lebih penting ia juga mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik.
Program 3K yang
dilaksanakan di sekolah bukan sahaja telah berjaya menambahkan keindahan dan
keceriaan sekolahnya, malah turut merapatkan hubungan sesama pihak sekolah dan
juga dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat setempat. Program
inisiatif 3K ini diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Sekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia.
No comments:
Post a Comment