tahniah diucapkan kepada para pemenang.
Thursday, September 22, 2016
Thursday, September 1, 2016
DRINK, MOVE, BE STRONG - karya pelajar
ASSALAMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA. SALAM MUAFAKAT JOHOR.
Sempenan Kempen Amalan Minum Susu untuk warga SMKTD2.
Kumpulan Ukudaya telah menyampaikan sebuah lagu yang telah dipimpin dan dibimbing oleh Cikgu Farid.
Jom saksikan mereka di link berikut.
jangan lupa LIKE dan SUBSRIBE ya.
Drink, Move, Be Strong - UKUDAYA (YOUTUBE)
ASSALAMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA. SALAM MUAFAKAT JOHOR.
Sempenan Kempen Amalan Minum Susu untuk warga SMKTD2.
Kumpulan Ukudaya telah menyampaikan sebuah lagu yang telah dipimpin dan dibimbing oleh Cikgu Farid.
Jom saksikan mereka di link berikut.
jangan lupa LIKE dan SUBSRIBE ya.
Tuesday, August 23, 2016
AKTIVITI - penyediaan replika kotak susu kreatif.
ASSALAMUALAIKUM. SALAM 1 MALAYSIA & SALAM MUAFAKAT JOHOR.
Berikut antara sedikit gambaran suasana sepanjang aktiviti penyediaan replika kotak susu kreatif.
Pelajar-pelajar yang terlibat adalah pelajar Tingkatan 4 dengan bimbingan Puan Hapiziah.
Walaupun begitu, kebanyakan penyediaan dan idea adalah datang dari perbincangan pelajar-pelajar sendiri.
Tahniah dan Syabas kepada mereka.
Wednesday, July 20, 2016
Amalan Susu Terbaik Warga SMKTD2
ASSALAMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA. SALAM MUAFAKAT JOHOR.
Minum Susu sekurang-kurangnya 1 gelas seharai adalah sangat digalakkan kerana ianya baik untuk kesihatan tubuh badan.
Berikut merupakan 10 kebaikan minum susu.
- Mengelakkan osteoporosis + hipertensi + kanser kolon. Kita tidak akan mendapat vitamin tambahan + kalsium tanpa meminum susu
- Meminum susu juga boleh melindungi kita dari kerosakan gigi + masalah kaviti. Kita harus memberi jaminan kepada anak2 tentang kerosakan gigi dengan menawarkan mereka segelas susu coklat. Tidak ada rekod kerosakan gigi kerana minum susu dengan perisa coklat
- Lemak susu tidak memberi apa2 kesan kepada kegemukan sebaliknya terbukti bahawa mereka yang kerap minum susu menjadikan badan lebih langsing daripada mereka yang tidak mengambilnya. Susu memberikan kita banyak vitamin dan mineral untuk memastikan sentiasa sihat dan cergas
- Susu adalah anti-asid yang sangat baik. Minum segelas susu apabila mengalami pedih ulu hati boleh menenangkan paip makanan dari keradangan. Minum susu tetap akan mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain
- Minum banyak susu dapat menghasilkan kekuatan pada tulang + gigi + kuku + rambut, kerana ia sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi kuat dan fleksibel
- Susu boleh menjadi pembuka baik perut terutama jika lewat makan. Meminum susu juga boleh bertindak sebagai perangsang yang awal
- Meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot2 tegang supaya dapat memberi tidur yang lebih cepat. Cara ini dapat membantu selepas seharian penat bekerja
- Minum susu boleh menyejukkan badan dan mengekalkan tahap air atau cecair dalam badan kita. Penggunaan susu selepas latihan berat badan boleh mengisi sistem dengan cecair badan yang hilang semasa senaman
- Secara drastik susu juga dapat mengurangkan gejala PMS (Pre-Menstrual Syndrome) kerana ia merupakan pelega atau penenang tekanan yang hebat dan juga meningkatkan tahap tenaga dalam kita
- Susu penuh dengan nutrien. Badan kita memerlukan nutiren untuk beroperasi dengan betul. Ia mengandungi vitamin (untuk sel-sel darah merah) + kalsium (untuk tulang yang kuat) + karbohidrat (tenaga) + magnesium (untuk lentur otot) + fosforus (untuk mengambil kesempatan tenaga) + kalium (baik untuk sistem saraf) + protein (untuk proses pertumbuhan dan penyembuhan) + riboflavin (untuk kulit sihat dan berseri) + zink (untuk meningkatkan sistem imun)
Atas dasar kebaikan dan kelebihan inilah warga SMT Taman Daya 2 terutama murid-murid digalakkan untuk meminum susu.
Antara lain dengan adanya amalan minum susu ini hubungan baik antara guru dan pelajar serta penglibatan ibu bapa adalah sangat baik.
"mulakan hari anda dengan sekotak susu Dutch Lady untuk sihat dan riang"
Wednesday, March 9, 2016
Apa itu Program 3K ?
APA ITU PROGRAM 3K ?
PROGRAM 3K
(KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KECERIAAN)
Program 3K dimulakan pada
tahun 1991, bertujuan memastikan semula sekolah mempunyai sistem yang mantap
bagi menangani sebarang isi berkaitan dengan keselamatan, kesihatan serta
keceriaan sekolah. Selepas 13 tahun perlaksanaannya, mulai tahun 2004, program ini
tampil dengan konsep baru yang menggabungkan tiga program berasingan menjadi
satu program sahaja yang dikenali sebagai Insiatif Meningkatkan Keselamatan,
Kesihatan dan Kecerian Sekolah atau Insiatif 3K meliputi Program Sekolah
Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan serta Program Keceriaan dan Keindahan
Sekolah. Penyusunan semula program 3K dilakukan untuk mengelakkan pertindihan
objektif bagi dua program yang dilaksanakan sebelumnya iaitu Program 3K dan
Program Peningkatan Keselamatan Sekolah.
Pada tahun itu didapati sebanyak 90
buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menyertainya berbanding 30
sekolah pada tahun sebelumnya. Program Peningkatan
Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K) member peluang
kepada mana-mana sekolah yang terpilih merasai hakikat bahawa keceriaan itu
sememangnya ada dalam pendidikan. Tanpa mengira dalaman mahu pun luaran,
program 3K dilihat mampu menyerlahkan keceriaan sesebuah sekolah yang
menyertainya menerusi penekanan kepada meningkatkan tiga aspek utama program
tersebut. Sesebuah sekolah yang ‘ceria’ dari pelbagai segi bukan sahaja sedap
di pandang mata atau dibanggakan oleh warga masyarakat sekitarnya, malah yang
lebih penting ia juga mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik.
Program 3K yang
dilaksanakan di sekolah bukan sahaja telah berjaya menambahkan keindahan dan
keceriaan sekolahnya, malah turut merapatkan hubungan sesama pihak sekolah dan
juga dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat setempat. Program
inisiatif 3K ini diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Sekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)